Selasa, 30 November 2010

hati...

hati...
macam-macam boleh dikaitkan dengan hati...
perasaan hati...
sakit hati...
makan hati...
hati-hati....
soal hati...

perasaan hati...perasaan orang kita kene jaga..perasaan kita..kita yg jagala kan sapa lagi
sakit hati....byk benda boleh buat kita sakit hati....biarla orang sakitkan hati kita..ALLAH yang dapat membalas diatas perbuatannyakan...
makan hati....aku memang sukan makan hati..lagi-lagi hati masak kicap...tapi aku selalu makan hati je dengan tingkah laku seseorang
hati-hati...hati-hati dijalan raya ye kawan-kawan..tapi kene kene hati-hati dengan orang yang paling rapat dgn kita...kadang-kadang harapkan pagar, pagar makan padi
soal hati....hati orangkan mana kita bole baca..kadang-kadang kita suka ..dia xsuka...ada pulak pendam dalam hati, malu plak nak luahkan...tapi AWAS jangan sampai pendam perasaan pada yang dah berpunya yek..bahaya tu...
itula yang berkaitan dengan HATI....akhir kata jangan jadi busuk hati....

Khamis, 25 November 2010

Karamel Pic Manis

kepada kawan-kawan yg pernah membuat caremel ni...apa kata kita ubah sikit hiasan caremel tu dengan meletakkan buah pic diatasnya....mesti cuba  

Bahan-bahan:
10 biji telur ayam gred A
1 tin susu sejat
Bahan B:
6 sudu besar gula pasir
(Dimasak atas api perlahan hingga cair kekuningan/gula hangus dan tambah sedikit air)
Hiasan:
Buah pic
Buah ceri
Cara Menyediakan:
1. Pukul telur, dan setelah kembang, buangkan buihnya. Kemudian masukkan susu, pukul kedua-duanya hingga sebati.
2. Tuangkan bancuhan A ke dalam loyang dan kukus hingga pejal/masak.
sedapkan....
3. Setelah masak, terbalikkan ke atas piring bersesuaian dan hias dengan buah pic serta ceri. Tuangkan gula hangus di atasnya sebelum dihidangkan. Karamel lebih sedap dimakan sejuk-sejuk.

Isnin, 22 November 2010

Saman perampas suami orang

kebahagiaan yg sepatutnya dimiliki oleh kita diberi kepada orang lain...

Apa pendapat kawan-kawan?

SARANAN Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang mengatakan seseorang yang cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain boleh didakwa ke mahkamah, mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Dalam saranannya Kamilia memberitahu, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan ‘pihak ketiga’ disaman kerana cuba merosakkan perkahwinan pasangan lain.
Namun, menurut beberapa NGO, saranan itu mempunyai pro dan kontranya.


 

Khamis, 18 November 2010

petua menyegarkan kulit muka

selalu menjaga kesihatan kulit muka..yg paling penting sebelum tido,hendakla kita cuci muka dulu tau..



Bagi kawan-kawan yang suka membuat facial muka, disini saya ada satu petua untuk menyegarkan muka, ianya mudah,murah dan senang..cubala dirumah..

BAHAN-BAHAN:

Epal hijau

Air batu


CARA-CARA:

1. Cuci dan potong nipis epal hijau.
2. Kemudian, rendamkan epal tadi di dalam air batu selama 5 minit.
3. Setelah itu, letakkan di muka dan biarkan selama 15 minit.
4. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia juga boleh melicinkan kulit.

Rabu, 17 November 2010

sunyi...

Hari ni g kje jalan selengang-lengangnya...maklumlan mood raya masih ada semuanya balik kampung kot...setiba diopis, macam lengang je, adakah aku yg terawal? tapi jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi...sunyinya...xramai pun di opis ni.....today xder g sarapan ngn makan tengahari pun..member semua cuti..huk..huk..huk..boringnye..xsabar nk menunggu kul 5.00 petang ...nak balik....NAK BALIK...

Ahad, 14 November 2010

selamat ari lahir mak..

mak disamping sebahagian cucunya
kek yg disponsor oleh along..sedap2
Semalam sambut bestday mak yg ke-55...semoga mak sihat dan dimurahkan rezeki..adik sayang mak...

Rabu, 10 November 2010

puding roti caremel

nyam...nyam...
semalam tengah baca surat khabar..ternampakla satu resipi "puding roti caremel"..tetiba aku rasa teringin plak nak buat puding tue...dengan pantas aku pun membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk puding roti tersebut...balik-balik dari keje je terus aku buat....dan inilah hasilnya...dan untuk lebih sedap, bila nak makan tuangkan saja susu cair diatas puding tersebut..sedap...cubalah

Bahan-bahannya:
1 buku roti
3 cawan sususegar
kismis
3 biji telur
2 sudu teh gula
1 sudu esen vanila


pemanis:
susu cair

Selasa, 9 November 2010

panggilan nama manja

cayang..
Tahukah anda, dengan memanggil orang yang anda sayangi dengan nama manja akan membuatkannya bahagia. Begitulah juga dengan anda. Sekiranya anda mempunyai teman istimewa, tidak salah sesekali anda memanggilnya dengan nama manja. Katakanlah anda sudah berkahwin dalam tempoh yang lama, ia tidak menjadi masalah. Malah ia akan lebih menyeronokkan dan mengembalikan nostalgia lama. Anda juga boleh menggunakan nama manja dengan temanteman yang rapat dengan anda. Percayalah, panggilan begini akan membuatkan hari mereka lebih bermakna. Jadi..apa pangilan manja kawan-kawan?

Rabu, 3 November 2010

seronoknye..esok dah mula cuti panjang..apalah aktiviti yang hendak dibuat....macam nak membawa anak-anak kuar berjalan-jalan.....best jugak tu....walaupun aku xsihat ada hati tu nak g jalan-jalan..entah abah nak bawa kuar ke tidak agaknya dengan keadaan aku yang xsihat ni....ala kalau dengar nak jalan-jalan je yang xsihat pun boleh jadi sihat kan....ha..ha..ha...cerita bab xsihat nie...sebenarnya aku telah mengalami satu mimpi yang aku xpasti apa maksud disebalik mimpi aku tu..selepas aku mimpi je..badan aku dah mula rasa xsihat sampai ari nie...tapi aku malas nak fikir bukan-bukan..mungkin sebab cuaca kot...entahla....aku berdoa semoga aku dan keluarga aku sentiasa berada didalam keadaan yang selamat dan dilindungi oleh-Nya....Ya Allah jauhkan kami dari sebarang perkara yang xdiingini.....

Isnin, 1 November 2010

ikan stem...

ikan yg disirami daun sup
Inila hasil ikan yang dipancing oleh suami aku selama 2 hari turun ke laut sabak bernam...penuh jugaklak ikan kat peti ais umah aku tue..he..he..he..jimatla sikit seminggu ni adanya ikan hasil tangkapan suami aku...menu malam tadi ikan stem limau yang di masak oleh suamiku...he..he..he..sedap...