Selasa, 12 Oktober 2010

ikan bakar...

pencicah ikan bakar
ikan bakar yg disirami sambalnya
tetiba rasa teringin plak nak makan ikan bakar kat jeram tu....jom kawan-kawan kita g sana...

Khamis, 7 Oktober 2010

Sambutan raya di opis..

datin c-hikin...
senyuman manis...
menu istimewa dari kami
5 dara pingitan....
he..he..hee
sangat kenyang ari ini..sebab asyik makan dari pagi hingga petang..maklumla kt opis ada buat jamuan raya...menu istimewa dari kami NASI TOMATO..disebabkan kesedapan nasi tue..aku xsempat nk makan sbb terlalu byk makanan yg aku hendak makan...he..he..he..naikla bearat badan aku lagi ni....

Selasa, 5 Oktober 2010

Rahsia bantal...

  
* Apa stail kawan-kawan plak masa tido....aku dah ada dah slah satu ciri2nya...he..he..hee

Memeluk Bantal
   Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
   Seni. Mereka
   Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
   Lukisan, muzik Dan sastera.
   Perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik.
   Kadangkala Ada yang
   Boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
   Mimpi. Mereka
   Juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

 Menggunakan Banyak Bantal

    Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
   Kehidupan seharian
   Mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
   Jarang membuat
   Keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
   Pandangan orang lain.

   Tidur Dengan Satu Bantal

    Mereka bukan jenis mengada-ngada Dan boleh
   Menerima keadaan
   Seadanya. Mereka juga membuat keputusan
   Berdasarkan fikiran Dan
   Bukan nafsu semata-Mata.

   Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki


    Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
   Bergaul dgn
   Org ramai, malah kaku dalam pergaulan.. Ini
   Menyebabkan mereka
   Cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
   Menempuh jalan pintas
   Untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

   Tidur tanpa Bantal

    Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
   Tinggi.
   Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
   Membawa kepada
   Sifat ego.

   Tidak punya bantal

    Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!

Isnin, 4 Oktober 2010

cemburu bukan isu remeh..


sape-sape pun pernah rasa cemburukan..normal la tue...

SIFAT cemburu yang melampau sering dikaitkan sebagai punca perbalahan antara suami dan isteri.
Malah, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), cemburu merupakan antara 39 faktor perceraian membabitkan pasangan beragama Islam di negara ini.
Dalam kebanyakan kes, penangan cemburu bukan sahaja mencambah perasaan syak wasangka bahkan turut mengikis rasa percaya antara satu sama lain.
Bermula dengan syak dan cemburu di tahap sederhana, keadaan itu boleh berubah menjadi cemburu melampau apabila sentiasa menganggap pasangan curang berdasarkan pelakuan, cara berkomunikasi atau rutin harian yang dirasakan telah berubah.
“Pada tahap ekstrem, individu yang tidak bijak mengawal perasaan boleh mendapat cemburu morbid iaitu individu tersebut sepanjang masa percaya pasangannya curang.
“Jika tidak diberi bantuan kaunseling, keadaan akan menjadi lebih teruk sehingga menimbulkan pergaduhan, penderaan fizikal serta mental malah boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga dan pembunuhan,” ujar Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Lihanna Borhan.

Selasa, 28 September 2010

tipah tertipu..

Apa akan kawan-kawan buat sekiranya ditipu dari belakang dan ditipu byk kali....memang susah bagi kita untuk menerima kenyataan bila diri kita ditipu...kalau sekali ditipu xmengapala..kalau kita kerap ditipu dengan perkara yang sama memang bengkakla hati jawapnya...paling xboleh diterima kalau orangg yang menipu kita tu menipu kita dengan benda yang sama berulang-kali....susah bagi kita nak menerima kemaafan yang sering dilakukan pada kitakan...apa yang patut kawan-kawan buat sekiranya mengalami perkara sebegini..?aku paling pantang kalau aku ditipu hidup-hidup...

Isnin, 20 September 2010

buah hatiku...

he..he..he..gaya posing 3 beranak..cian abahnye x dapat masuk dalam ini gambar....jangan jelous abah...tema tahun ini yang dipilih oleh abah...

Selasa, 7 September 2010

selamat hari raya aidilfitri

Alhamdulillah..kita dah semakin hampir dengan ketibaan bulan syawal..xsabar rasanya nk raya...tahun ni giliran rumah aku pulak beraya..he..he..he...tu yang suka tu...walaupun pun beraya di bandar hatiku tetap seronok sangat sbb dapat beraya ngn family...biasala dah kawen kenela ada sistem giliran...persiapan raya semuanya ala kadar je...dikesempatan ini, aku ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini sekiranya ada salah dan silap yang tidak disengajakan,walaupun kadang-kadang sukar kita nak maafkan kesalahan orang lain...jemputla datang ke rumah..
selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin