Rabu, 31 Ogos 2011

SaLAm AiDiLfitRi....

Sekejap je dh masuk raya ke 3...aku masih lagi di sabak bernam ..rumah mertu...seronok gak raya kat sini..suasana kampung....tapi hati aku dh teringatkan kat mak,abah,ina bo'bo,dania bo'bo kat pj...bila nak balik kesana ni...xsabar rasanya...macam dh lama je kat sabak ni dh masuk hari yg ke 5 dah...xperla sistem giliran tetap sistem giliran...tapi nk mengharungi nak balik ke klang yang xsanggup ni..rata2 berita mengatakan jalanraya sesak..mudah2han perjalanan balik ku nanti dipermudahkan...apa-apa pun..tahun ni sangat seronok beraya...
selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin kepada semua

Selasa, 23 Ogos 2011

Ramadan semakin hampir ke penghujungnya....

Terasa macam sekejap je ramadan tahun ni...sekejap je dah masuk hari yang ke 23....minggu depan nak raya..tahun ni aku beraya di rumah mertua...sabak bernam..sistem giliran la katakan...tahun ni biasa je persiapan..kuih raya buat pertama kalinya, aku buat..he3..xtaula apa rasanya..first time tu buat kuih..ok la..berani cuba....tapi aku teringatkan arwah nenek..'wan' panggilan yg aku panggil...tahun ni xder 'wan'...sedih la...dah 3 bulan lebih arwah 'wan' pergi meninggalkan kami sekeluarga...'wan' rindula ngn wan...semoga roh 'wan' dicucuri rahmat...amin

Jumaat, 5 Ogos 2011

NaSi iMpit GoReNg

Pernah x kawan-kawan mendengar resepi  di atas ni...nasi impit goreng...aku pun baru mendengar...sangat ringkas dan mudah..bolela mencuba...antara bahan-bahannya adalah :
 
Bahan:Nasi impit, potong kiub

tumbuk,bawang merah, bawang putih, cili padi (kuantiti terpulang kepada kebijaksanaan anda)
goreng,
ikan bilis sehingga garing.
bawang goreng

lain-lain bahan:
cili blender, kicap masin, kicap manis, garam, perisa.
telur (dipukul sedikit)
taugeh dan daun sup

cara:
tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan sos dan kicap serta serbuk perisa. pecahkan telur dan masukkan nasi impit. kacau rata. akhir sekali masukkan taugeh dan ikan bilis dan daun sup. kacau rata. hidang panas.