Isnin, 4 Oktober 2010

cemburu bukan isu remeh..


sape-sape pun pernah rasa cemburukan..normal la tue...

SIFAT cemburu yang melampau sering dikaitkan sebagai punca perbalahan antara suami dan isteri.
Malah, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), cemburu merupakan antara 39 faktor perceraian membabitkan pasangan beragama Islam di negara ini.
Dalam kebanyakan kes, penangan cemburu bukan sahaja mencambah perasaan syak wasangka bahkan turut mengikis rasa percaya antara satu sama lain.
Bermula dengan syak dan cemburu di tahap sederhana, keadaan itu boleh berubah menjadi cemburu melampau apabila sentiasa menganggap pasangan curang berdasarkan pelakuan, cara berkomunikasi atau rutin harian yang dirasakan telah berubah.
“Pada tahap ekstrem, individu yang tidak bijak mengawal perasaan boleh mendapat cemburu morbid iaitu individu tersebut sepanjang masa percaya pasangannya curang.
“Jika tidak diberi bantuan kaunseling, keadaan akan menjadi lebih teruk sehingga menimbulkan pergaduhan, penderaan fizikal serta mental malah boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga dan pembunuhan,” ujar Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Lihanna Borhan.

3 ulasan:

  1. jgn disimpan perasaan cemburu tu...luahkan pada pasangan kita. biar dia tahu kita cemburu...

    BalasPadam
  2. alamak...
    sejak 2 menjak ni sikap cemburu sy smakin slow...

    ape nak buat ek?

    BalasPadam
  3. k.ana: klu dh diluahkan tp tiada tindakbalas pun susah jugakkan...

    white rose:ikut kata2 k.ana tu...luahkan sahaja

    BalasPadam