Khamis, 25 November 2010

Karamel Pic Manis

kepada kawan-kawan yg pernah membuat caremel ni...apa kata kita ubah sikit hiasan caremel tu dengan meletakkan buah pic diatasnya....mesti cuba  

Bahan-bahan:
10 biji telur ayam gred A
1 tin susu sejat
Bahan B:
6 sudu besar gula pasir
(Dimasak atas api perlahan hingga cair kekuningan/gula hangus dan tambah sedikit air)
Hiasan:
Buah pic
Buah ceri
Cara Menyediakan:
1. Pukul telur, dan setelah kembang, buangkan buihnya. Kemudian masukkan susu, pukul kedua-duanya hingga sebati.
2. Tuangkan bancuhan A ke dalam loyang dan kukus hingga pejal/masak.
sedapkan....
3. Setelah masak, terbalikkan ke atas piring bersesuaian dan hias dengan buah pic serta ceri. Tuangkan gula hangus di atasnya sebelum dihidangkan. Karamel lebih sedap dimakan sejuk-sejuk.

4 ulasan: