Mencuba lagi resepi baru kali ni...kali ni aku buat puding trifle namaya...mudah..senang..dan paling sedap...cewah..puji diri sendiri plak...jom tengok hasil puding trifle aku tu...
Ini bahan-bahannya kalau kawan-kawan nak cuba
Bahan-bahan:
Biskut Oreo.....
Kek span (yang dah siap kt pasaraya tu)
Buah-buahan yang dalam tin tu
Tepung Kastard ( 4 Sudu je)
Gula (4 Sudu je)
Susu cair (1Tin)
Jelly
Cara-cara nak buat pulak:
1.Mula-mula masakan tepung kastard,gula,susu tadi dan masak sampai jadi pekat....(biarkan ketepi)
2. kek tadi dipotong dan disusun didalam bekas
3. Biskut Oreo tu disusun dekat tepi-tepi bekas
4. Tuangkan sikit air buah dalam tin tadi supaya kek tadi basah-basah gitu...lapiskan lagi dengan biskut oreo
5. Taburkan buah-buahan dalam tin tadi
6. Baru tuangkan tepung kastard yang dimasak tadi
7.Baru masukkan jelly yang telah dimasak
8.Sejukkan..barulah bole makan
Selamat mencuba
sedapnya...thanks sbb sudi share resipi...nak torai lah...
BalasPadamsedapnye....
BalasPadam