Selasa, 10 Ogos 2010

5 cara memilih sahabat.....

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

>NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan
>ialah sebagaimana
>pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw)
>kepada anaknya:
>
>Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi
>sahabatnya, dia adalah
>hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan
>nafkah, dia suka mencukupi
>keperluan.
>
>Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
>menghulurkan tangan
>untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka
>menerima dengan rasa
>terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada
>dirimu, dia suka
>menghitung-hitungkan (menyebutnya).
>
>Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
>menghulurkan tangan
>untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka
>menerima dengan rasa
>terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia
>mengetahui mengenai
>keburukan dirimu ia suka menutupinya.
>
>Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta
>sesuatu
>daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam,
>dia mula menyapamu dulu
>dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
>menimpa dirimu, dia suka
>membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
>
>Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka
>membenarkan ucapan
>dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau
>mengemukakan sesuatu
>persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika
>engkau berselisih
>dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
>
>Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat
>yang baik agar segala
>matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat
>dilaksanakan
>bersama-sama sahabat yang mulia.
>
>Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
>"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
>Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
>Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
>..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat
>kepada Dzat yang
>Memiliki mu."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan