Rabu, 3 November 2010
seronoknye..esok dah mula cuti panjang..apalah aktiviti yang hendak dibuat....macam nak membawa anak-anak kuar berjalan-jalan.....best jugak tu....walaupun aku xsihat ada hati tu nak g jalan-jalan..entah abah nak bawa kuar ke tidak agaknya dengan keadaan aku yang xsihat ni....ala kalau dengar nak jalan-jalan je yang xsihat pun boleh jadi sihat kan....ha..ha..ha...cerita bab xsihat nie...sebenarnya aku telah mengalami satu mimpi yang aku xpasti apa maksud disebalik mimpi aku tu..selepas aku mimpi je..badan aku dah mula rasa xsihat sampai ari nie...tapi aku malas nak fikir bukan-bukan..mungkin sebab cuaca kot...entahla....aku berdoa semoga aku dan keluarga aku sentiasa berada didalam keadaan yang selamat dan dilindungi oleh-Nya....Ya Allah jauhkan kami dari sebarang perkara yang xdiingini.....
Isnin, 1 November 2010
ikan stem...
| ikan yg disirami daun sup |
Selasa, 19 Oktober 2010
pengemar ais batu...
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila
lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak
saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita
semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan
![]() |
| huk..huk..huk..sedapnya teh 'O' limau ais..... |
Selasa, 12 Oktober 2010
ikan bakar...
![]() |
| pencicah ikan bakar |
![]() |
| ikan bakar yg disirami sambalnya |
Khamis, 7 Oktober 2010
Sambutan raya di opis..
| datin c-hikin... |
| senyuman manis... |
| menu istimewa dari kami |
| 5 dara pingitan.... |
| he..he..hee |
Selasa, 5 Oktober 2010
Rahsia bantal...
* Apa stail kawan-kawan plak masa tido....aku dah ada dah slah satu ciri2nya...he..he..hee
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
Seni. Mereka
Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
Lukisan, muzik Dan sastera.
Perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala Ada yang
Boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
Mimpi. Mereka
Juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
Kehidupan seharian
Mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
Jarang membuat
Keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
Pandangan orang lain.
Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada Dan boleh
Menerima keadaan
Seadanya. Mereka juga membuat keputusan
Berdasarkan fikiran Dan
Bukan nafsu semata-Mata.
Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
Bergaul dgn
Org ramai, malah kaku dalam pergaulan.. Ini
Menyebabkan mereka
Cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
Menempuh jalan pintas
Untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
Tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
Membawa kepada
Sifat ego.
Tidak punya bantal
Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!
Isnin, 4 Oktober 2010
cemburu bukan isu remeh..
sape-sape pun pernah rasa cemburukan..normal la tue...
SIFAT cemburu yang melampau sering dikaitkan sebagai punca perbalahan antara suami dan isteri.
Malah, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), cemburu merupakan antara 39 faktor perceraian membabitkan pasangan beragama Islam di negara ini.
Dalam kebanyakan kes, penangan cemburu bukan sahaja mencambah perasaan syak wasangka bahkan turut mengikis rasa percaya antara satu sama lain.
Bermula dengan syak dan cemburu di tahap sederhana, keadaan itu boleh berubah menjadi cemburu melampau apabila sentiasa menganggap pasangan curang berdasarkan pelakuan, cara berkomunikasi atau rutin harian yang dirasakan telah berubah.
“Pada tahap ekstrem, individu yang tidak bijak mengawal perasaan boleh mendapat cemburu morbid iaitu individu tersebut sepanjang masa percaya pasangannya curang.
“Jika tidak diberi bantuan kaunseling, keadaan akan menjadi lebih teruk sehingga menimbulkan pergaduhan, penderaan fizikal serta mental malah boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga dan pembunuhan,” ujar Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Lihanna Borhan.
Langgan:
Catatan (Atom)



